BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 11 Jun 2014

Hari Pertunangan - 23 Februari 2012

Assalamualaikum..
Entry kali ini nana nak share sikit tentang Hari Pertunangan nana.. Dah 2 tahun lebih agaknya baru kali ini nak share.. hehe.. Selama ni nana share dekat instagram & facebook je.. Al-maklum la kan nana baru je nak berjinak-jinak dengan blog ni.. Biasa tulis kat diary je, ni tak lagi terus je taip & blogging.. hehe.. Ok berbalik pada cerita bertunang ni.. Masa tu belum ada plan lagi nak bertunang tahun 2012 tu tapi apakan daya pihak belah nana iaitu babu nana nak juga kita bertunang tahun tu so kita pun bincang la kan dengan bakal tunang masa tu (sekarang dah jadi laki tau :p) dia pun setuju so kita teruskan saja la plan babu nana.. Tapi sebenarnya mulah bapa nana yang nak sangat nana bertunang dan berkahwin awal disebabkan terlalu berkepit sangat dengan bakal tunang pada masa tu.. Masa tu rasa nak nangis je kan sebab happy sangat.. Dah nak jadi milik orang tapi belum sepenuhnya yang penting ada ikatan.. hehe..

So bincang punya bincang kita set tarikhnya pada Hari Kebangsaan Negara tercinta kita.. Tambahan pulak masa tu public holiday kan so ambil la peluang tu untuk hari bersejarah bagi kami berdua kan.. hehe.. Nak juga orang ingat hari pertunangan kita.. Iya iya ler tu.. Ingat pun tidak.. hehe.. Dalam adat family nana kalau bertunang tak boleh limpas 1 tahun sebelum 1 tahun mesti kahwin.. Iya la kan orang tua-tua kita takut bakal terjadi apa-apa.. Kan dugaan orang bertunang ni berbagai-bagai macam.. So kitorang pun setuju la juga.. Masa tu kita plan nak kahwin bulan 12 tapi disebabkan masa tu banyak saudara mara nak belayar so kita tukar plan bulan 6 atau bulan 9.. 

Pada masa tu nana terpikir juga nana nak bertunang tapi duit satu sen pun tak kumpul lagi.. Dah namanya perempuan kan suka sangat nak berbelanja sampai sampai duit simpanan pun takde.. hehe.. Nasib baik la babu, kaka & abang nana yang tolong nana.. Iya la kan bukan kita yang plan nak bertunang tahun tu so tak prepare apa apa lagi tambahan pulak masa tu masih muda umur baru 20 tahun.. So semua perbelanjaan ditanggung halal oleh babu, kaka & abang tercinta.. hehe.. Terima Kasih sangat-sangat yang tak terhingga korang.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik babu, kaka & abang nana..  

Tiba hari pertunangan ramai juga yang datang tak expect ramai macam tu.. Kita tak panggil ramai jemputan pun kerana hanya pertunangan bukan perkahwinan.. hehe.. So kita panggil saudara mara dekat je adik beradik belah babu & belah bapa, jiran dan kawan rapat nana.. Yang membuatkan ramai tu belah lelaki la.. Nama juga anak pertama yang baru nak bertunang so ramai la nak ikut sekali.. Tapi seronok juga tengok ramai orang tu.. Alhamdulillah survenior & juga hidangan semua cukup untuk tetamu.. 

Pada masa tu bakal tunang nana tak ikut sekali.. Sebenarnya nak sangat dia datang masa tu bukan apa nak ambil gambar bersama je tapi dah mama dia tak ajak ikut so terpaksa la tinggal.. Adat dulu mesti kena ikut juga.. Lepas selesai acara baru la bakal tunang nana datang tu pun dah malam nana pun siap tukar baju dah tak sempat pun nak ambil gambar berdua pakai baju bertunang tu.. Sedih sangat :( tapi takpe yang penting acara selesai dengan sempurna nana pun sah jadi tunangan orang.. hehe.. Ini diantara gambar gambar yang di ambil semasa nana bertunang. Enjoy!



Diantara tetamu yang hadir :)



Ibu, kaka, abang & adik nana tapi tak semua. Ini je yang ada gambarnya :)



Saudara-mara nana :)



Kawan rapat nana (Bestfriend ler tu.. hehe..)



Menunggu ketibaan dari pihak lelaki, sempat posing lagi tau :D





Tadaa.. Dah sampai pun.. Siap sarung cincin lagi.. Cantik tak?? Maksud nana cincin tunang nana.. hehe.. :p



Ini buku permintaan dari pihak nana :)



Lastly ini picture pre-engangement.. Haha.. Macam pelik je bunyi nye.. Takde pre-wedding ini jadi la kan.. hehe.. 

Selasa, 10 Jun 2014

Something to share..


Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah.. Nana di beri peluang sekali lagi untuk merasa menjadi seorang mama selepas nana mengalami keguguran pada tahun 2012.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t.. Menangis gembira hingga tak terkata :') Selama 1 tahun 1 bulan menanti akhirnya doa nana di dengar oleh yang Maha Esa.. Sekarang ni kandungan nana tepat 24 minggu (6 bulan) Alhamdulillah.. Mama dan si kecil alhamdulillah sehat sampai sekarang ni.. Doakan yang terbaik untuk nana dan anak dalam kandungan nana yea.. Ini first entry nana buat tak tahu la nak buat apa lagi selain share berita gembira ni.. Nanti nana update entry yang bermakna juga dalam hidup nana iaitu hari pertunangan, pernikahan dan persandingan yea.. Sebenarnya banyak lagi yang nana nak share tapi belum ada kesempatan nak buat.. Tunggu la dalam masa terdekat ni yea itu pun kalau nana ada kerajinan.. hehe.. 

Story of Nana life & Suami :)

15 August 1989 - Suami punya bornday
17 January 1992 - Nana pun di lahirkan. 3 tahun lebih jarak dengan suami :)
06 October 2005 - Hari mula bercinta dengan suami :D
23 February 2012 - Hari Pertunangan (Hari ni memang senang ingat sebab hari kebangsaan Negara tercinta ku)
29 August 2012 - Hari pertama pembukaan majlis nana iaitu Berbedak Mandi
30 August 2012 - Hari Malam Berbedak
31 August 2012 - Hari Pernikahan
01 September 2012 - Hari Malam Berpacar
02 September 2012 - Hari Persandingan & Ambil-Ambilan
05 September 2012 - Balik 3 Hari (Isteri balik ke rumah suami selepas bertapa di rumah :p)
04 November 2012 - Miscarriage my 1st baby :'( (Al-Fatihah)
1 October 2014 - Menunggu kelahiran Anak kedua kami. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin Ya Rabbal Alamin.


Last but not least, thanks for spend your time to read my first entry yang tak seberapa ini :')